20 March, 2017

..::KUSAYANG PADAMU....BUKU::..

Bismillah.... 

hari ni tetiba tertarik utk baca tulisan ustaz hasrizal abu jamil... (antara ustaz yg aku gemar penulisannya)... setelah lama x baca sbb klu ustaz tulis kena baca line by line dan amik masa sebab panjang dan banyak fakta dan sangat rugi kalau termiss satu line...hehe...

meh aku kongiskan perkongsian beliau


i feel u ustaz.... apa yg ustaz share kat dlm entri ni aku juga merasai benda yg sama...walaupun buku aku x sebanyak ustaz dan genre buku aku x sebagus dan seilmiah ustaz.... even komik detektif conan pun aku susah nak letgo...

Aku meminati penulisan ustaz bila first time aku baca penulisan beliau bila aku beli buku ' Secawan teh Pengubat letih'... ustaz hasrizal sangat mengkaji sejarah dan cara beliau menyampaikan sesuatu tempat atau perkara mmbuatkan aku juga berada di situ....

Antara benda yg aku nak highlight kat sini :

Buku-buku itu hakikatnya hanya kertas, kecuali apabila tulisan di dalamnya dibaca dan dimanfaatkan. Nilai buku ialah pada baca. Bukan pada simpan, jauh sekali pada menggemukkan anai-anai.

kadang2 aku fikir aku ni betul ke manfaatkan semua buku yg aku baca? atau aku hanya membuat koleksi?? huhu...

lagi antara petikan drpd artikel ustaz

Kira-kira dua atau tiga tahun sebelum itu lagi, apabila saya mula terfikir yang satu hari nanti saya mungkin akan meninggalkan tanah air, saya sudah mula beralih ke buku digital. Selagi boleh, buku baru yang hendak dibaca, saya akan membeli versi digital (ebook) sama ada di Kobo, Kindle, atau Google Play Book.

Alasan-alasan ‘lebih suka menyelak kertas’, ‘saya suka cium bau buku’ dan lain-lain ayat lazim tentang buku, saya tinggalkan. Semua itu tiada makna sebab matlamat membaca ialah untuk mendapatkan ilmu dan maklumat di dalamnya. Bukan bermanja-manja dengan kertas. Mata saya yang berpinar membaca di skrin pun saya paksa diri untuk jadi selesa membaca di iPad, di iPhone, di laptop, dan kemudiannya di peranti Kindle dan Kobo.


owh ustaz....mungkin ini adalah kesukaan penggemar2 buku....utk mencium bau buku.... kepala pening jika baca di skrin dan juga lebih feel jika membaca dengan memegang buku... tapi betapa kuatnya ustaz utk memillih melepaskan perkara yg disukai utk mencapai matlamat membaca itu sendiri.... aku masih jauhhhh utk smpai ke tahap itu...

Janganlah tunggu mati, baru buku itu dipindah milik. Lakukan semasa hidup. Sayangkan buku itu hakikatnya adalah nafsu memiliki, sedangkan saya tahu, buku-buku itu bakal ditinggalkan.

fuhh ayat ustaz yg ni mmg tajam tapi itulah hakikat sebabnya satu hari kita akan mati....dan kita juga tidak tahu apa yg bakal terjadi kepada buku2 yg kita syg....adakah ianya akan disalurkan ke tempat yg betul utk menjadi jariah kita di 'sana' atau ia hanya menjadi peninggalan lapuk dan akhirnya dibuang tampa memberi manfaat kepada siapapun....

Buku-buku itu bukan sekadar buku. Setiap satunya ada cerita. Saya pernah berangan-angan mahu menulis sebuah buku bercerita tentang kisah di sebalik buku. Memburu buku boleh jadi sebuah naskhah yang menarik untuk dibaca, dan berkongsi inspirasi.

yang ini pun aku setuju sangat dengan ustaz.... ada buku juga yg aku purposely pilih penulisnya dan ada juga aku pilih melalui tajuk dan senarai isi kandungannya... Ada juga buku yg begitu membantu kehidupanku juga hadiah yg sgt bererti drpd seseorang atau kpd seseorg... 

Jujur, aku suka jika dihadiahkan buku (cuma buku english aku 'kureng' sikit)... dan aku juga suka menghadiahkan org buku dan aku memilih buku utk seseorang mengikut apa yg aku lihat padanya (kata pendeknya, aku akan bagi bukan sekadar bagi...tapi bagi aku biar ianya bermakna pada penerima...bersesuaian la kiranya)...

ok tu je apa yg aku nak share... hamasah (semangat) membaca juga seperti iman... adakalanya turun adakalanya naik.... hakikatnya setiap apa yg kita lakukan juga begitu...menulis, membuat kebaikan, semangat bekerja juga ad turun naiknya.... moga2 apa yg aku baca dapat aku amalkan dan tahun ni dpt baca lebih banyak buku drpd thun sebelumnya...


p/s: aku sedang istiqamah utk belajar menulis... sbb sebenarnya aku mmg suka tulis diari dulu cuma x konsisten.... aku suka mencatit tapi ianya akan bersepah merata.... even kertas2 soalan exam pun aku conteng.... ada stu notebook tu dia tulis "if you write everyday, you get better at writing everyday" dan aku menjadikan ianya sbgai suntikan semangat utk aku...insyaALLAH


No comments:

Post a Comment