26 August, 2013

..:: PERGINYA SEBUAH KEHIDUPAN ::..


Bismillah..Assalamualaikum...
Rindu....Sgt rindu utk update blog nie.... sempena kerinduan itu... aku update pasal RINDU pada seorg insan bernama ABAH.. post nie da lama draft cuma x publish je... mungkin waktu tu belum diizinkan... insyaALLAH...semoga kita hargai org2 disekeliling kita sebelum kita @ mereka2 itu yg diambil dulu nyawanya....



Abah/ayah/walid/abi/pak/papa/daddy


Perginya sebuah kehidupan fana...
Untuk kembali pada kehidupan sebenar..
buat dirimu yang ku sayang..
dari dulu, kini dan selamanya
menyayangi,mengasihi dan mengasuh
diriku yang tiada apa
sehingga menjadi aku seperti hari ini..

Hanya doa dan amalan ma'ruf
dapat menggantikan kasih sygku padanya
agar dirinya tenang di 'sana'
kerna lafaz dan belaian sudah x dirasa

Ku kira semua ini terkandung hikmah
dan aku perlu hadapinya dengan tabah
walau pada dasarnya x terlihat sedihnya
tapi hanya DIA yang tau rahsia hati hambaNYA..

Diriku yg terkadang terasa dgn tindak-tanduknya
Mujur protes itu hanya di hati dan diam pada bicara
Kerana sehingga kini, walaupun berdiam diri
Aku menyesal dengan perasaan itu..
Apabila raut tuanya menyapa mataku..

Aku amat berharap Tuhan mengampunkan dosaku
Dosa pada abah selama mana aku bersamanya
Walaupun semua tidak tahu apa dosaku
Hanya aku, pencatat amal dosaku & Allah saja yg tahu..

Ku bersyukur kerana
dikelilingi keluarga, saudara dan sahabat
yang sentiasa berada di sisi...
saat aku berduka dan gembira..
semua ini anugerah dari yang ESA..

Terima kasih abah atas segalanya...
Walaupun lafaz kasih yang tersimpan itu
ku lafazkan pada helaan akhir nafasmu..
Namun aku yakin dirimu mendengarnya...

Aku gantikan dengan yasin & fatihah..
Juga menjaga maruah dan membuat amal
agar drimu tenang & lapang
Sehingga hari semua makhluk dibangkitkan....