26 April, 2011

..::HILANG LAGI....??..::

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...                                           
                                          

tertanya-tanya tak kenapa aku letak gambar kat atas ni kan? hurm tu menunjukkan aku nye perasaan time 2, 3 hari ni.. asyik on off je kejap ok kejap x ok.... dah la nak exam final nie... tapi alhamdulillah sbb mgkin ni slh satu ujian utk aku...  Allah berfirman yg bermaksud "sesorg itu tidak dianggap beriman sebelum ia diuji"  dan Allah akan menguji sesuai dengan kemampuan hambaNYA....

aku mengambil ujian itu dengan sikap positif... mmg x dinafikan kadg2 negatif tu dtg...tp tu la fungsi akal dan iman.... =)

sebenarnya semalam aku baru hilang handphone tpi atas disebabkn kecuaian sendiri... tu slh satu kelemahan aku iaitu suka cuai pasal barang berharga.... masuk kali nie, dah dua kali aku hilang phone...first time dulu phone sony ericson..tp yg tu aku x syg sgt sbb die asyik wat problem je... tp nombor celcom dlm tu yg aku syg... da lame la aku pakai handphone tu... ok tu kehilangan first...aku redha... kehilangan kedua.... handphone kat bawah nie....huhu


walaupun baru setahun dua bulan aku bersama dia, tp aku syg dah kat die.... wlaupun die x la secanggih phone yg ad kat pasaran. tp aku tetap syg die... sbb die la peneman aku time aku sunyi, bosan, sedih, gembira... ape yg hati aku nak sume aku simpan dlm nie.... aku cuba redha dan ikhlaskan diri atas kehilangan die tp kdg2 bile aku terpikir isi2 dlm phone tue...sedih.....waa..........naku x ape yg aku syg tue?? aku baru je mengumpulkan kata2 hikmah, yg blh 'up' kan diri aku...tue drpd member2 dan ade yg dr buku... aku x msukkan dlm buku nota aku...tu yg terkilan tue.... lagi stu nombor2 dlm phone tue..........huuhu.....

tu la, ustaz pahrol kate, klu syg benda atau org, jgn syg sgt2 sbb nanti bile kite kehilangan die, kite akan sedih dan kecewa... selamt aku x bercinta habis-habisan ngan phone nie.... alhamdulillah dlm gambar2 dlm phone tu sume menutup aurat..

Aku yakin yang kehilangan ini akan digantikan dgn yg sesuatu yang lebih baik, insyaALLAH... berlandaskan surah al-asyr... di seblik kesusahan ada kesenangan....huhu...aku da gi maxis centre amik no yg tu blik...Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan....=)

Pengajaran yang aku dpat kali nie :
  • Aku dapat yg kawan aku yg berada bersamaku adlh sahabat@kawan@rakan@member....
  • Hanya ALLAH je yg faham perasaan dan hati aku... even org yg terdekat dgn aku pun x faham mgkin sbb tgk muka je kot, x dpt detect feel dalaman...
  • Aku lebih senang mengadu dengan DIA drpd mengadu dengan manusia...
  • Janganla cuai lagi, tolong.... tp manusia x lepas drpd melakukan kesilapan kan...
  • Salah satu hikmah mungkin aku akan lebih fokus studi kot...hehe
  • Mungkin juga aku belajar konsep redha dan ikhlaskan sesuatu itu pergi dalam kefahaman yg lebih... insyaALLAH...

25 April, 2011

..::A.I.E::..

Assalamualaikum.... tadi bile bosan study, belek2 komputer riba aku yg setia dgn aku nie.. tetiba aku terjumpa cerpen karya Hilal Asyraf (penulis muda yg meningkat naik nama beliau)... kalau baca tajuk cerpen dia pun mcm pelik kan?? x tau amenda... tp try bc smpai abes k... bru tau apa maksud di sebalik A.I.E..




A.I.E. Bukan Sekadar Kata. Tetapi mampu menembus jiwa

Feb 26th, 2010
.

A.I.E.
Ana-Ithar-Enta

“Assalamu’alaikum!”
Salim menjawab salam dengan muka kosong. Kenapa la dalam banyak-banyak manusia, mamat ni yang datang? Leceh betul.
Dia berpelukan dengan lelaki yang baru tiba. Namun jiwanya tidak hangat dengan ukhuwwah. Cuma hangat dengan kerimasan. Tinggal, berpelukan sebegini adalah tradisi sekolah menengahnya dahulu.
“Enta cuti ke?” Salim bertanya.
Lelaki yang hanya tinggi sedikit daripadanya mengangguk bersama senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan, hendak meninggalkan Lapangan Kapal Terbang. Sudah ada teksi yang menunggu untuk membawa mereka berdua ke rumah Salim.
“Kenapa datang sini?”
“Loh, enta tak suka ke?”
“Tak ada la…” Salim rasa tertembak.
“Saja nak ziarah enta”
“Tak rasa membazir duit dengan masa ke?”
“Eh? Dengan sahabat, apa yang bazirnya?” Lelaki itu meramas rambut Salim, kemudian terus bergerak ke bahagian belakang teksi untuk meletak barang.
Salim menghela nafas. Sahabat?
Sejak bila aku bersahabat dengan Faiq Zaini ni?

*****

Pantang ada waktu, mesti Faiq Zaini akan merapatinya, duduk bersamanya, meluang masa dengannya. Walaupun dia banyak kali menunjukkan rasa tidak senang, malah pernah berusaha menjauhkan diri, Faiq Zaini tetap tidak menjauhinya.
Seakan-akan, kalimah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus lelaki itu.
Semenjak dia dan Faiq berpisah semasa tingkatan lima dahulu, tidak pernah langsung dia hubungi teman sekelasnya itu. Tetapi, Faiq Zaini mencarinya. Memasukkannya dalam senarai Yahoo Messenger dan Facebook.
Faiq Zainilah yang selalu bertanya khabar, berkongsi nasihat, tidak pernah lelaki itu lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, juga sering sahaja lelaki itu menghantar mesej pesanan ringkas berbentuk nasihat dan ingatan.
Namun, 98% daripada semua itu tidak dilayan. Salim lebih senang invisible jika perasan Faiq Zaini wujud di alam maya. Sudah bertimbun mesej Faiq Zaini tidak dilayan. Baik melalui sms, e-mail mahupun Facebook. Ada juga yang terpaksa dilayan, hanya kerana tidak tahan dengan Faiq Zaini yang kelihatan seperti tidak berputus asa langsung.
3 tahun terpisah, hubungan mereka berjalan sebegitu. Faiq Zaini tetap tenang dan sabar dengan kerenahnya.
Tahun ini, dia perlu mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan. Faiq Zaini, yang menyambung pengajian di Mesir, datang ke Jordan semata-mata hanya untuk berjumpa dengannya. Salim naik hairan dengan Faiq Zaini. Sudahlah tidak berputus asa, sanggup pula berkorban wang dan masa. Taraf hidup di Jordan, jauh lebih mahal daripada Mesir.
Tetapi Faiq Zaini tetap hadir.
Atas perkataan ukhuwwah dan persahabatan.
Walapun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat
.
*****
“Tak nak pergi jalan-jalan ke? Pergi Petra ke, Laut Mati ke, Jerash ke.” Salim memecahka keheningan pagi.
Faiq menggeleng. “Hanya nak duduk dengan enta. Enta bukannya dapat ikut kalau ana pergi jalan-jalan. Enta tak cuti kan?”
Salim diam. Ya, dia tidak bercuti walaupun semua pelajar melayu Jordan bercuti kerana musim sejuk ketika ini. Hal ini kerana, dia pelajar kursus. Bukan pelajar universiti di sini.
“Membazirlah. Dahla datang sini mahal”
“Membazir kalau memang niatnya nak berjalan ke tempat-tempat itu. Jadi, kalau tak pergi rugi lah. Tetapi, ana datang sini niatnya memang nak ziarah enta, luang masa dengan enta. Jadi, apa yang ruginya?” Faiq Zaini tersenyum ceria.
Dah senget ke apa kepala dia ni? Nak luang masa dengan aku aja? Dah kaya sangat ke? Hati Salim bergetar.
Faiq Zaini memasukkan tangan ke dalam saku baju sejuk. Helaan nafasnya timbul dalam bentuk asap putih yang nipis. Salim sedang membawanya berjalan melihat-lihat bandar Irbid.
“Macam mana kehidupan di Jordan?” Faiq bertanya.
“Okey. Macam enta lihat lah” Salim jawab endah tak endah.
Faiq mengangguk-angguk.
“Kondisi jiwa okey?”
“Hello, sini bukan hospital sakit jiwa ya”
Faiq ketawa.
Salim memandang ke arah lain.
Soalan itu merenjat jiwanya.
“Kalau ada apa-apa masalah, boleh kongsi”
“Muka ana ada tunjuk ada masalah ke?”
Faiq menggeleng. “Ana kata kalau ada”
“So, tak ada. Dah, jangan nak sibuk tepi kain orang”
“Enta bukan orang lain. Enta sahabat ana. Ana bukan sibuk. Tapi ambil berat” Faiq Zaini masih dengan senyuman bergayut. Tenang walaupun nada Salim agak kasar.
Salim mendengus. Asap putih yang nipis keluar.
“Sibuk” Dia menyepak angin. Tanda tidak puas hati.

*****

Apa masalahnya? Dia ada masalah. Bohong dia tiada masalah. Menjadi pelajar perubatan yang berasal dari sekolah agama, dia dipercayai oleh pelajar seangkatan dengannya untuk menjadi ketua. Peribadinya yang dahulu penyegan, berakhlak, menjadikan dirinya paling disenangi.
Tetapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya.
Dia tersungkur juga di hadapan pintu bernama cinta. Dia jatuh hati pada seorang pelajar perempuan, dan akhirnya pernah beberapa kali keluar bersama berdua-duaan. Dia sudah lupa batas agama yang dididik di sekolah. Dia juga telah lupa akan pesan ibu ayah. Dia larut sendirian goyah.
Akhirnya, perbuatannya itu diketahui apabila ada yang terserempak dia berduaan berpegangan tangan dengan pasangannya di pusat membeli belah.
Dia disisih, dikecam hebat, seakan-akan dia telah berzina. Sedangkan, dia tidaklah sampai melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, manusia, apabila kepercayaan dikhianti, pasti amat dalam lukanya. Begitulah rakan-rakan seangkatannya yang mempercayainya. Rasa dikhianati, lantas menyisihkannya.
Salim tertekan. Pelajaran di universiti menjadi sukar. Dia seakan terpencil di satu pulau asing. Tiada yang bercakap dengannya. Tiada yang membantunya tika kesusahan. Tiada yang berbicara dengannya tika keseorangan.
Dia juga terpaksa menelan kepahitan, berpura-pura gembira dengan keadaannya di universiti apabila bersembang dengan ibu bapanya.
Dia rasa seperti mayat hidup.
Terhimpit dalam kubur majazi yang melingkungi diri.
Masalah ini langsung tidak pernah dikongsi.
Tetapi kali ini muncul Faiq Zaini.
Seakan-akan dikurniakan kuasa psikik oleh Ilahi, lelaki itu meneka tepat apa yang menyelubunginya sehari-hari.
Apakah ini?

*****

Faiq Zaini dilayan ala kadar sahaja. Rakan sekolahnya itu tidak pula cerewet. Apa yang ada, itulah yang disenanginya. Tidak meminta itu dan ini. Tidak ralat walaupun ditinggalkan di rumah seorang diri.
Salim tinggal seorang sahaja. Memandangkan tiada sesiapa dari rakan seangkatannya yang mahu serumah dengannya. Dia dipulakan. Seakan dia ada penyakit HIV pula gayanya.
“Macam mana la agaknya Faiq tu” Terdetik rasa kasihan.
Faiq Zaini, datang menggadai wang dan masa. Dari Mesir ke Jordan yang terkenal mahal. Tetapi tidak pula dilayan sebaiknya. Ada rasa bersalah timbul.
Salim membuka pintu rumah.
Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, dia terpana.
“Selamat kembali ke syurga!” Faiq Zaini mendepangkan tangan.
Ini memang syurga! Salim melihat rumahnya telah dibersihkan. Barang-barangnya yang berterabur sudah dikemaskan. Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari. Salim menjenguk ke dapur, pinggan-pinggan yang sudah berkurun bertimbun sudah siap dibasuh. Malah sinki pun dicuci. Rumahnya pula berbau wangi.
Salim memandang Faiq Zaini.
“Suka?” Faiq Zaini mengangkat kening sebelah.
“Sejak bila ana upah enta jadi orang gaji ni?” Salim menyembunyikan kesenangannya dengan bicara yang kasar.
Faiq Zaini hanya tersenyum. “Mak kita, bukan orang gaji kita.”
“Enta bukan mak ana”
“Ana sahabat enta” Faiq Zaini bergerak ke katil.
Salim tidak membalas.

*****

Faiq Zaini membaca Al-Quran. Salim sedang menelaah pelajaran. Sudah seminggu Faiq Zaini datang menjadi tetamu. Lelaki itu akan berada di bumi Urdun ini untuk seminggu lagi. Cuti musim sejuknya adalah dua minggu.
Seminggu ini, tidak ke mana-mana. Sekadar berjalan sekitar Irbid sahaja. Boleh dikatakan, majoriti waktunya dihabiskan untuk bersama dengan Salim. Tanpa ada rasa kesah kerugian wang akibat tidak berjalan-jalan. Bahkan, Faiq Zaini sentiasa kelihatan senang hati.
Fikiran Salim sudah tidak fokus pada pelajarannya. Walaupun matanya lekat pada buku, tetapi fikirannya menerawang memikirkan Faiq Zaini.
Salim tersentuh. Seminggu Faiq berada di rumahnya, dia seakan ditegur secara halus akan tatacara kehidupan seorang muslim yang sebenar.
Dia yang telah lama meninggalkan kehidupan tarbawi yang terdidik di sekolahnya dahulu, rasa terpukul apabila Faiq Zaini dilihatnya masih istiqomah. Lelaki itu pergi solat di masjid setiap waktu. Bangun awal dan sempat berqiamullail sebelum menunaikan solat Subuh. Al-Quran pagi dan petang tidak ditinggalkan. Selepas Asar, dibacanya Al-Mathurat. Malah, Salim boleh melihat Faiq meluangkan masa dengan membaca buku Fikrah yang dibawanya sendiri dari Mesir.
Salim melepaskan nafas lemah.
Dia?
Baca Al-Quran pun entah bila kali terakhir. Solat Subuh sering sahaja terlajak. Dilakukan ketika matahari sudah naik tinggi semasa cuti, sebelum kelas pada hari belajar. Al-Mathurat jangan dicerita, langsung tidak dibaca. Buku Fikrah? Dia pun sudah tidak tahu mana satu buku fikrah dan mana satu bukan.
Hidupnya telah pekat dengan jahiliyyah. Jauh daripada tarbiyah. Meninggalkan semua ini membuatkan dia goyah.
“Weh, enta tak bosan ke hidup macam itu?” Salim menghentikan pembacaan Faiq.
Faiq angkat kening. “Bosan? Maksud enta?”
“Ya la, solat masjid nak kena jalan jauh. Bangun awal pula, tak cukup tidur. Baca Al-Quran, kena luang masa. Al-Mathurat lagi. Buku Fikrah lagi.”
Faiq ketawa. “Salim, Salim. Sejak bila semua benda ini membazirkan masa? Semua ini adalah benteng-benteng ghaib untuk menjaga kita daripada terjerumus dan tertipu daripada dunia”
Salim mencerunkan pandangan pada Faiq.
“Enta nak kata enta ini dah sampai tahap malaikat la?”
Faiq menggeleng. “Kita tidak akan mencapai tahap sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha ke arah apa yang Allah redha. Sekurang-kurangnya, Allah sendiri menyuruh kita berusaha.”
Salim menjulingkan mata. “Kalau dengan enta, memang enta ajalah yang menang bila berdebat ni” Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memanjangkan bicara lagi.
Faiq sengih. “Hati ana rasa tenang bila buat semua ini. Enta tak rasa tenang ke?”
Salim terdiam. Ketenangan hati.
Entah bila kali terakhir dia merasakannya.

*****

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. Lagi lima jam, lelaki itu perlu berada di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia untuk check in.
Faiq telah siap mengemas barangannya.
“Salim, sini kejap”
“Ada apa?” Salim yang baru siap memasak, bergerak mendapatkan Faiq.
“Duduklah” Faiq menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.
“Ada apa sebenarnya ni?”
“Ana nak cakap sikit”
“Cepat lah” Salim malas-malas.
“Nah” Faiq mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku tebal.
“Apa ni?” Salim menyambut buku itu dan melihat kulit depannya.
“La Tahzan, maksudnya jangan bersedih. Karangan Dr ‘Aidh Qarni. Yang ini dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah enta baca waktu masa lapang”
“Ana ada nampak macam bersedih ke?” Salim ego. Namun di dalam hatinya, dia rasa bahawa Faiq dapat meneka keadaannya. Macam mana Faiq dapat meneka, di situ menjadi tanda soal.
Faiq tersengih. “Buku ini, bagus kalau untuk orang tertekan, yang terjatuh dalam kesedihan. Tetapi, untuk orang yang tak sedih macam enta…” Senyuman bergayutan.
“Boleh baca untuk ingat-ingatkan diri. Sesungguhnya, peringatan itu baik untuk orang yang beriman” Faiq menepuk bahu Salim.
Salim rasa terpukul. Terasa Faiq menyembunyikan sesuatu.
“Enta ada simpan sesuatu daripada ana kan?” Salim meletak buku itu ke tepi. Kali ini, dia serius hendak berbicara dengan Faiq. Dia dapat rasa, Faiq datang dengan membawa misi tertentu. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan membazirkan wang semata-mata hendak menziarahinya.
Faiq menatap wajah Salim dengan pandangan lembut. “Apa yang ana simpan?”
Salim diam. Berkira-kira hendak membuka pekungnya atau tidak. Dia meneka-neka, apakah Faiq telah mengetahuinya.
“Enta ada dengar khabar-khabar angin orang berkenaan ana?”
Faiq tersengih. “Jadi, enta ada simpan sesuatu?”
Salim putus bicara. Faiq ini, tahu atau tidak?
“Salim, ana tak kisah kalau enta tak sayang ana” Faiq melepas rasa.
Salim diam. Faiq ini tengah nak lepas bengang ke? Baru sekarang rasa semua perkara yang dia korbankan, seperti duit, masa, seperti tidak bermakna apabila tidak mendapat balasan?
“Tapi, ana nak enta sayang diri enta sendiri” Faiq memandang tepat mata Salim.
Salim rasa terpukul. “Maksud enta?”
“Jangan lempar diri enta ke dalam neraka sahabat”
Mata Salim membesar. “Sejak bila kau jadi Allah ni ha? Boleh kata aku masuk neraka pula!” Suara ditinggikan.
Faiq menghela nafas. “Ana kata, jangan lempar diri enta ke dalam neraka. Ana bukan kata enta ahli neraka. Maksudnya, jangan enta rosakkan kehidupan enta dengan menjauhi Allah SWT”
“Ana tahulah enta ni lebih baik daripada ana. Janganlah buat bagus macam ahli syurga” Salim tidak berpuas hati.
“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur enta, sebab ana lebih baik daripada enta. Ana menasihatkan enta, sebab ana sahabat enta”
“Sudahlah. Aku malas nak dengar” Salim bergerak.
Faiq pantas mendapatkan tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam Faiq.
“Dengar sini sahabat. Ana tak akan lepaskan tangan enta. Kalau enta terjun ke dalam neraka, ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut enta semula. Biar nanti, di akhirnya kita berpimpin tangan menembus syurga”
Hati Salim rasa tercucuk-cucuk. Sinaran mata Faiq Zaini menterjemahkan keseriusan lelaki itu.
Apa yang membuatkan Faiq sekeras ini?
“Lepas…” Salim berbicara perlahan.
Faiq melepaskan pegangannya.
Salim bergerak ke dapur.
Dia menyediakan sarapan pagi itu dengan lelehan air mata.

*****

Mengikut rancangan asalnya, Salim hendak meninggalkan sahaja Faiq Zaini keseorangan menunggu waktu check in. Tetapi, entah kenapa, hatinya berubah untuk bersama dengan rakan sekolahnya itu. Salim menunggu bersama-sama Faiq.
“Hei Faiq. Enta tak rasa rugi ke?”
“Rugi? Apa yang ana rugi?”
“Ya la, dua minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja”
“Kan ana dah kata tempoh hari…” Faiq hendak mengingatkan. Tetapi Salim pantas memotong.
“Ya ya. Tapi takkan enta tak ada rasa rugi langsung. Banyak duit enta keluarkan. Banyak masa enta habiskan. Dua minggu. Baik enta pergi berjalan-jalan. Ini enta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan enta sangat”
Faiq menghela nafas. “Tak, ana tak rasa rugi sesen pun”
“Kenapa?”
“Sebab enta sahabat ana”
“Kenapa enta sampai sanggup macam ini? Ana tak layan baik enta pun selama ini”
“Sebab enta adalah tanggungjawab ana kepada Allah” Faiq menepuk belakang Salim.
“Ana yakin dengan itu”
Aku ini tanggungjawab dia kepada Allah? Macam mana? “Apa maksud enta?”
“Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia itu berdasarkan untuk mencari redha Allah SWT. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT”
“Kalau sahabat enta tu buat buruk dengan enta, tidak endahkan enta dan sebagainya?”
“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk menerima balasan kasih sayangnya. Ana membina hubungan, untuk menerima kasih sayang Allah”
Teguh, mapan, prinsip Faiq Zaini membuatkan Salim terjeda. Begitu murni sekali sahabatnya. Patutlah sahabatnya itu tidak pernah berputus asa menghubunginya, menjaga hubungan antara kedua mereka, walaupun dia menunjukkan rasa tidak berminat.
“Enta dengan ana?” Salim bertanya.
“Sama. Sebab itu ana ada di sini” Faiq tersenyum senang.
“Sebab apa enta ada di sini?”
“Biarlah ana jujur dengan enta. Ana sebenarnya tahu keadaan enta di Malaysia. Ana sentiasa ambil berat berkenaan enta. Ramai kawan-kawan enta adalah kawan-kawan ana juga sebenarnya. Mereka selalu berkongsi keadaan enta di universiti. Bagaimana enta dengan perempuan, bagaimana kehidupan enta”
“Jadi, kenapa enta tak pulaukan ana macam mereka pulaukan ana?”
“Sebab ana sahabat enta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar di dalam api?”
Salim diam.
“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama bahagia. Jadi, ana nak enta masuk syurga dengan ana. Sebab itu ana ada di sini”
“Sebab itu enta ada di sini? Apa enta buat?” Salim tidak nampak.
“Bersama dengan enta. Menenangkan jiwa enta. Memberi harapan pada enta. Hendak tunjuk pada enta bahawa masih ada manusia yang sayangkan enta. Pimpin enta.” Faiq menarik tangan Salim, menggenggam erat. Salim tidak menariknya. Salim membiarkan. Matanya memandag tangannya yang bercantum dengan tangan Faiq itu. Hangat.
“Ana nak tunjuk pada enta, Allah masih sayang enta”
“Buktinya?”
“Allah benarkan ana bersama enta sekarang”
“Enta keluarkan duit, luang masa ini, hanya untuk itu?” Salim bertanya dalam keadaan wajahnya masih tetap menghadap tangannya dan Faiq.
Faiq mengangguk. Walaupun dia tahu Salim tidak melihat anggukannya.
“Kenapa la enta sanggup berkorban macam itu?”
“Sebab ana ithar enta” Perlahan Faiq berbicara.
Salim mengangkat wajah. Ithar bermaksud mencintai sahabat melebihi diri sendiri. Faiq Zaini telah membuktikannya. Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini air mata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan.
Ketika ini, kedengaran pengumuman mengarahkan penumpang Kapal Terbang Egypt Air untuk ke Cairo bergerak masuk.
Faiq bangun. Air mata Salim diseka dengan jari ibu.
“Uhibbukafillah Salim. Jaga diri baik-baik. Ana akan selalu hubungi enta”
Salim menangis teresak-esak. Memeluk Faiq seerat mungkin.
“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana”
Faiq menggeleng. “Enta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.
Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya, walau dia berada di jurang neraka.
Sanggup mengorbankan harta, masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat.
Ternyata, Faiq adalah sahabat yang sebenar.
Menterjemahkan definisi sahabat itu dalam kehidupan.
“Faiq!” Salim menjerit apabila Faiq semakin menjauh.
Faiq menoleh.
“Terima kasih!”
Faiq Zaini tersenyum manis. Berpaling semula dan mengangkat tangan.
A.I.E. Ternyata lebih daripada sekadar kata.

  • hurm...mcm mane?? best kan cerpen nie... maaf la klu gaya susunan cite ni x menyenangkan kamu sume sbb kite agak culas nak edit....hehe... tpi apepun isi tetap sampai kan??
  • mungkin korang akan tertanya-tanya ada ke sahabt/kwn aku mcm si Faiq ni?? adakalanya kita x perasan yg ada je shbt yg sygkan kita cuma kite je yg x sedar.. aku pun da sedar ad di antara kwn2 aku mcm Faiq nie... terima kasih ALLAH sbb kurniakan aku shbat yg baik, yg dpt membimbing aku mendekatiMU... =)

18 April, 2011

..::UNTUKMU SAHABAT,KAWAN & TEMAN::..

hurm.... kmbali lagi aku di dinihari nie.... x lama lagi aku dan kawan2 seangkatan denganku akan meninggalkan alam universiti (bg yg x smbung study).... mcm x nk abes je tp dlm ms yg sm rasa mcm dah lama je idup kat UiTM tercinta nie... buktinye, setiap sedara mara asik tny, keje ape skrg, ok x keje?? uish lotih nak jawab....

ok video kat bawah ni antara lagu yg aku suka dengar dan link jgak ngan diri aku utk sume kawan2 ku.... Sajak kat bawah video tu mmg aku cipta khas utk kamu semua....=) aku suka menyampaikan kata hati melalui penulisan ataupun lirik lagu dan susah nak melafazkan...huhu... pelbagai rasa bercampur baur dlm jiwa tatkala menghitung hari2 yg bakal kita lalui bersama akan berkurang....(klu da ade yg bace kat fb pun blh bc lg skali dan kat majalh menara pun ade gak klu kamu perasan)





aku syg kmu kerana DIA...=)


SAHABAT,KAWAN & TEMAN

sahabat, kawan dan teman..
sering menemani kehidupan..
walau sering bertukar ganti...
namun setiap perkenalan sentiasa di hati..
kerna persahabatan itu sejati..

manusia tidak boleh hidup sendiri...
kehadiranmu membuat hidup penuh bererti..
ku bersyukur kerna dipertemukan denganmu..

banyak pengalaman, pengajaran dan pengertian..
yang diberi oleh insan bernama..
sahabat, kawan, teman, rakan dan taulan..
walau ada pertemuan yang sangat singkat masanya...
namun ianya juga tetap terkesan..


bukan kesempurnaan dirimu yang kucari..
cukuplah secebis ingatan darimu untukku..
walau ia tak diluahkan...
biarlah ingatan itu diutuskan melalui doa dibawa oleh angin yang berhembus...
agar salam itu dapat kurasai...

ku coretkan kata-kata ini sebagai menghargai dirimu..
sahabat, kawan dan teman..
kerana telah menjadi sebahagian dalam perjalanan hidupku...

kehadiranmu ibarat warna pelangi..

pelbagai warna dan ragam..

menarik, cantik dan berseri...
terima kasih kerana sudi menjadi warna-warna hidupku
melengkapkan diri ini

yang sememangnya banyak kekurangan

terima kasih atas setiap persahabatan yang terjalin..

walau terkadang tidak bersua, berhubung dan berbicara
tetapi ingatan dan doa tetap bersama diriku
untuk dirimu yang istimewa
sahabat, kawan, teman..

17 April, 2011

..::KELEMBUTAN ITU KEBAIKAN::..

Assalamualaikum.... rasanya dah lama x berkarya di persada nie...hurmm mmg byk cerita yg nak dicerita tp idea tu dtg sikit2 dan bile dah dibiarkan terperap dlm kepala mmg jawabnya x terluah la sbb idea yg dtg tu x sm dgn idea yg disimpan dan nak diluahkan balik...btul x?? byk benda yg berlaku dlm hidup aku sepanjang aku x update nie... ad perkara yg dah diupdate oleh kwn2 aku dan ad juga yg diorg x update sbb perkara yg berlaku kat aku x berlaku kat diorg... so skrg ni aku nak kongsi petikan di bawah ni yg diambil dr iLuvislam..link die boleh klik je kat tajuk k... selamat membaca... aku akan bg pandangan aku gak...=)



Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)


Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)

1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)


ulasan diri sendiri:
ok sgt benar ayat beserta hadis2 yg telah dikemukakan di atas... ermm cek blik diri sendiri adakah kita sudah bersikap lemah lembut??? jika diri sudah menjawab ya, dan member pun blh tlg jwabkan ya sbb mereka melihat personaliti dan tingkah laku kita... tny lagi adkh kelembutan tu dibuat-buat ataupun memang lahir dr hati?? ha yg tu hanya diri sendiri sj yg tau... secara jujur aku pun x pasti apakah aku ni berlemah lembut sbb klu nak dibandingkan dengan roomate2 aku, aku ni dikatakan tertinggal ke belakang... suara mereka sgt lemah lembut... aku cb belajar dr mereka dlm ms yg sm masih kekalkan identiti aku...hihi... sesuai dgn tjuk di atas, KELEMBUTAN ITU SATU KEBAIKAN, jgn la anggap diri tu lemah dgn bersifat lembut... tp aku slalu dgr org kata kat perempuan, ketegasan dlm kelembutan.... yeay itulah yg sebaiknya...ok la ad mase aku cerita lagi ea... daa....